welcome to my blog. yeah to you guys, lover of the aircooled engine.
Blog ini akan menjadi medan untuk menjawab persoalan anda terutama mengenai VW. Saya bukan pakar tetapi ada sedikit pengetahuan mengenai VW. Kalau tak dapat jawab saya akan refer mana-mana manual yang saya ada. Jom sama-sama kita hidupkan blog ini.
Elok saya cerita mengenai saya dahulu:
ringkasnya saya mula memiliki vw beetle sebagai kenderaan air cooled pertama saya. Ceritanya bermula sekitar tahun 1993, apabila saya memikirkan satu bidang hobi yang ingin saya kembangkan. Dipendekkan cerita saya memang ada sedikitm pengetahuan mengenai enjin kenderaan... maka itu saya tertarikh dengan vw aircooled. Tambahan dato saya pernah memiliki VW tahun 1960an dahulu, manakala seorang guru sekolah saya mengizinkan saya memandu VWnya (walaupun takda lesen ketika itu).
Kenangan ini mempengaruhi minat saya. Akhirnya saya membeli sebuah VW berwarna putih di Kota Baharu. Ketika itu RM4,500. Keadaannya sekadar boleh tahan. Masa itu saya masih buta huruf tentang VW.
Saya bersama dua rakan memandu VW itu dari Kelantan. Beberapa kali kereta itu mati setelah menghampiri pekan Baling. Rakan saya seorang mekanik bernama Dahari dan Razib menjadi mangsa. Mati kerana enjin terlalu panas ... ekoran kepansan.
Mujur kami ke Kelantan kami menaiki Pajero. Last sekali kami tarik kereta itu apabila menghampiri jambatan Pulau Pinang untuk ke rumah kami di Sungai Ara.
Dua hari kami biarkan kereta itu di bengkel. Kemudian saya mengecat kereta itu warna merah menyala dan dipendekkan cerita selepas itu kami juga tidak dapat mengesan sebab2 kepanasan enjinnya. Ia terus mati dan mati.
Akhirnya saya membuat keputusan untuk mengoverhaul enjin 1200 kuasa kuda itu. Namun semasa mula meleraikan doghouse... ya raabi penuh dengan kain buruk dan sampah. Itu semua kerja pak tikus lah. Dan sayapun tahunlah kenapa enjin nya mudah kepanasan kerana segala sampah sarap itu menghalang angin melalui sirip enjinnya. Waduh pak kacau.
No comments:
Post a Comment