bangkok 09

Tuesday, December 22, 2009

the type3


the vw drag




the shiny beetle



the splitter aka safaris






the comby









sebuah kombi yang dibikin dan dicat metalik oren berkilau-kilau. sound sistemnya pun bagus. kombi ini bukan sekadar untuk pameran tetapi juga ke mana-mana sahaja.

Monday, December 21, 2009

konvoi penang- bangkok part one















Kira-kira jam 7.45 pagi kami berlepas dari R & R Gurun menuju kota Bangkok. Bugfest di Kota Gajah Putih itu seolah mengamit kami seramai 11 orang. Pak Hamid bersama-sama Pak Hassan menaiki Crew Cab Transporter yang tampak garang dan hebat di jalan raya.

Saya bersama pak mustapha menaiki combi Awee yang tiba seawalnya dari Kelantan. Rosli dan Pak Rasul menaiki Safari atau spliter, manakala Pak Rusdhi bersama anak pak Hamid iaitu sdr Farid menaiki Karman Gear dan Ustaz Imaduddin dengan rakannya menaiki Vw Beetle kuning rajanya.

Semua Vw ini dikuasai kuasa kuda 1600 kecuali Transporter Pak Hamid yang sedia maklum kuasa kudanya 2ooo. Perjalanan ke sempadan biasa sahaja. Sesampai di Changloon, rakan-rakan menukar wang ke baht bagi memudahkan urusan dan perjalanan.

Terbayang di kepala jarak 1,200 kilometer yang mahu diharungi. Bukan satu jarak yang dekat apa lagi dengan kenderaan aircooled yang boleh menimbulkan pelbagai ragam.

Sudah lebih jam hampir 10 pagi semasa kami melepasi checkpoint Danok. Setiap kenderaan diwajib membeli insurans sekurang-kurangnya yang bernilai Rm15 untuk satu jangka waktu pendek, wajib memiliki kad pendaftaran asal atau slinan yang disahkan untuk diizinkan masuk ke Thailand.

Selepas melepasi checkpoint Thailand, suasana terus berubah. Hanya tulisan siam yang kelihatan. Keghairahan bagaimanapun tetap tinggi. Perjalanan diteruskan menuju Hatyai, pekan besar terdekat yang memakan masa hampir satu jam jaraknya. Kami sekadar melalui pinggir Hatyai untuk terus menuju ke Pattalung yang jaraknya lebih 200km.

Semua kenderaan bergerak dalam keadaan stabil dan selesa. Awi, si cina Kelantan ini memang fasih berbahasa Melayu. Gurauannya kadangkala mencuit hati. Sesekali dalam kepala terbayang mungkin masalah yang bakal kami hadapi ialah makanan Islam dan komunikasi.

Kadang kala kenderaan yang melintasi kami membunyikan hon... mengangkat tangan dan menunjukkan tanda bagus sebagai tanda sokongan pada geromboalan kami.

Lupa yang mahu nyatakan bahawa semasa di Gurun kami telah mengisi petrol sepenuhnya dalam kenderaan dan dalam beberapa tong sebesar sehingga 20 liter sebagai bekalan tambahan semasa perjalanan di Thailand. Maklumlah bahan bakar petroleum itu di negara Gajah Putih itu berlipat ganda harganya.Sekurang-kurangnya ia turut menjimatkan kos perjalanan.