Monday, May 24, 2010

sejarah vw beetle



Sejarah Volkswagen yang dikenali sebagai aircooled VW Beetle sangat panjang untuk diceritakan. Bermula pada 22 Jun 1934 apabila industri automotif Jerman mendesak Ferdinand Porsche membangunkan Volkswagen (Dalam bahasa Jerman ia bererti kenderaan rakyat).



Pada 23 Jun 1934, Adolf Hitler memerintahkan Ferdinand Porsche membina kereta konsep yang sederhana. Hitler mengarahkan agar dibina kereta yang dapat memuat lima orang (dua dewasa dan tiga anak), kelajuan 100km/jam dan menguna bahan bakar minimun.



Kemudian lahirlah model Kraft durch Freude-Wagen (KdF-Wagen),dan sempena nama kota ia dilahirkan iaitu kota Stadt, kenderaan itu dinamakan KdF-Stadt. Sebanyak 30 prototype terhasil dan pada 1938 dipasarkan tetapi terhenti setelah 630 unit dikeluarkan ekoran peperangan dunia ke-II pada 1939.

Lantaran itu, kilang berkenaan menukar haluan dengan mengeluarkan kendaraan untuk peperangan seperti Kubelwagen (jip) dan Schwimmwagen (kendaraan amfibi). Pada tahun 1942 muncul Kommandeurwagen berasaskan KdF-Wagen yang menjadi kenderaan pacuan empat roda.



Ekoran kalah dalam peperangan itu, Jerman erbahagi dua dengan KdF-Stadt dikuasai Angkatan Darat Inggeris dan atas campur tangan mereka kemudian mengubah nama kota itu menjadi Wolfsburg. Kendaraan Volkswagen mula dikeluarkan semula pada 1945 dengan nama VW Kafer atau VW Beetle.

Ternyata VW begitu popular dan diberi pelbagai jolokan:

* Kafer di Jerman, Austria dan Swiss
* Pulga di Colombia
* Coccinelle atau Kever di Belgia
* Vocho atau Vochito di Meksiko
* Fusca di Brazil
* Escarabajo di Argentina
* Peta di Bolivia
* Folcika di Bosnia - Herzegovina
* Косτенурка (Kostenurka), Бръмбар (Brambar) di Bulgaria
* Buba di Kroasia
* Brouk di Republik Cheko
* Maggiolino di Italia
* Kabuto-mushi di Jepang
* Kura atau Kodok di Malaysia
* Kever di Belanda
* Pendong di Filippina
* Фольксваген-жук(Folksvagen-Zhuk) di Rusia

VW dari awal hingga tahun 1936:


1932 VolksWagen Beetle Type 12 (Zundapp)


1933 VolksWagen Beetle V570 Prototype


193X VolksWagen Beetle Series 3


193X VolksWagen Beetle Series 3 Cabriolet



1933 VolksWagen Beetle Type 32 NSU


1936 VolksWagen Beetle Daimler Benz Cabriolet



Read more: http://www.dalimunthe.com/2010/03/sejarah-mobil-vw-beetle-kodok.html#ixzz0otQyfQ00

No comments:

Post a Comment